Thursday, 29 December 2016

2016 you vs 2017 you ~

Almost year end now.. we are reaching the end for year 2016. Lagi 1 hari je nak masuk 2017. So, what did you achieve this year? and what is your lookout / changes / resolution (azam) for next year?

Pihak pengurusan Mega Prestima mengadakan pembentangan penambahbaikan bagi tahun 2017 utk semua department pada 2 minggu lepas. Terdapat banyak pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh pembentangan tempohari. Jadi, eksekutif yg terlibat, apakah perasaan anda selepas selesai pembentangan?

Apa yg dapat saya simpulkan dpd Departmental presentation tersebut adalah, tahun 2017 adlh tahun yg mencabar bagi Mega Prestima krn kita akan berkembang maju. Spt yg selalu kita semua katakan, membawa Mega Prestima terbang ke angkasaaaa!! Selaras dgn ketinggian 'angksa' maka attitude dan work efficiency kita juga perlu selari dgn Vission Mega Prestima. Kita patut komited dalam menjayakan keberadaan syarikat spt yg En Yusoff (General Manager) katakan. Apakah Visi Mega Prestima? Menjadi No. 1 Leading OEM in the industry..

Dalam ucapan Penggulungan En Yusoff ada menyebut tentang mengorak langkah dengan pantas dan berdaya saing, kita perlu mempunyai matlamat dan hala tuju yg jelas. Dato' Faisal telah pun menetapkan hala tuju tersebut untuk Mega Prestima, maka kita sbg anggota yg mendukung operasi harus komited dalam kerja serta PDCA (Plan Do Check Action) yg biasa ditekankan oleh Dato' Faisal di amalkan dan di laksanakan. Bukan sekadar Plan di atas kertas dan di tidak di sampaikan kpd orang bawahan.

Selain dpd itu, Dato' Faisal menekankan efficiency in works. Semua orang harus perbaiki bagaimana kita melaksanakan kerja utk mencapai matlamat dan Misi Mega Prestima. Renung pd diri, apakah motivasi anda utk melaksanakan kerja anda? What could be your Drive so that you can achieve your goals for Mega Prestima for 2017.

Jangan berazam utk kurus pada setiap awal tahun dan setiap tahun azam utk kurus hanya di renew di bawa ke tahun akan datang. Jika kita tetap terus sebegitu, maka kita tidak akan berkembang sedangkan Mega Prestima perlu berkembang maju. Spt yg di perkatakan Pn Fisha pd ucapan penutup 2016, teguran yg telah di berikan, terima dgn hati yg terbuka dan mulakan tahun 2017 dgn jati diri yg baru. Ye Aku akan berubah, aku akan melakukan kerja dgn sebaik mungkin, aku akan mengikut peraturan Mega Prestima, aku tidak akan main2, aku ingin maju di dalam hidup..


Changes is necessary though changes is hard for most of us. But in order to developed, we had to change. Akhir kata, tepuk dada, tanya diri apa yg anda mahukan pada tahun 2017 nanti..  


Tuesday, 13 December 2016

Berkongsi rezeki

" Allah beri rezeki melalui kita utk kita kongsikan dengan orang lain " - Tan Sri Mokhtar Al Bukhari

" Barangsiapa yg bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan di berikanNya rezeki dari jalan yg tidak di sangka-sangka. dan barangsiapa yg bertawakal kpd Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluanNya " - Surah At Talaq ayat 2-3

Saban tahun, setiap pekerja akan menantikan satu pemberian yg lebih drpd majikan dan menantikan berapakah lebihan yg akan dapat pada hujung tahun atau pada musim perayaan.. Lebihan tu apa? Bonusss lah!! semuanya bergantung pada kedudukan kewangan syarikat tersebut. sudah semestinya para pekerja mengharapkan yg lebih dpd majikan masing2.. Bagi Mega Prestima, selain dpd pemberian bonus, ada beberapa lagi rezeki yg di kongsi bersama..


Pemberian makanan tengahari pada minggu ke4 setiap bulan bermula Nov 2016.

Untung sangattt di sponsor makan tengahari selama seminggu pada hujung bulan. kita semua sedia maklum, zaman sekarang memang masing2 sedikit 'tight' perbelanjaan krn kenaikan harga sejak kebelakangan ini yg bisa membuat poket rabak jika perbelanjaan tidak di kawal dgn baik. duit makan yg sepatutnya di guna pakai pd minggu tersebut boleh cover perbelanjaan lain!!

Bukan selalu dapat makan dekat Hotel kan..
Bukan selalu juga kita dapat mintak boss Dato' Faisal utk makan di hotel kan? bukan setiap bulan kita dapat. Setahun sekali pun sangat bermakna sebab makanan dkt Hotel Traders tu sangat sedap especially Alaska Crab dia. pada masa terluang begini juga kita dapat berbual ringan selain dpd hal kerja. 

Pemberian sumbangan tahunan kepada rumah anak yatim yg terpilih

Pada tahun ini, rumah anak yatim dan fakir miskin Murad Foundation di Ampangan menjadi pilihan Mega Prestima bg menyalurkan sumbangan. Dato' Faisal amat menitikberatkan sumbangan yg di berikan di manfaatkan dgn sebaik mungkin oleh rumah anak yatim tersebut. jika kita dapat menyelami perasaan mereka, pasti kita akan berasa sedih dan simpati dgn mereka. dengan sedikit rezeki yg di kongsikan moga seluruh keluarga Mega Prestima di berkati rezeki dan di murahkan lagi rezeki olehNya. 


       Jika tidak banyak yg di berikan oleh majikan kita, sekurangnya sedikit rezeki di berikan dan di kongsi bersama itu patut kita syukuri dan kita sebagai pekerja dapat bekerja dgn lebih baik dan mendoakan kesejahteraan seluruh ahli keluarga Mega Prestima dan moga kita akan terus bekembang maju. So, tahun ni Mega Prestima dapat Bonus tak? Nak tau takkk? Hehe.. saya dah tau dahhh..