Wednesday, 23 August 2017

Makmal Mikrobiologi Mega Prestima Industries Sdn Bhd

As promise, a tour to Microb Lab pulak yee.. Lets Go!!

Selain makmal R&D, Mega Prestima Industries Sdn Bhd turut menyediakan kemudahan Makmal Mikrobiologi bagi memudahkan kerja kawalan kualiti produk (Microbiology Testing/cfu count).


Makmal Mikrobiologi dilengkapi peralatan asas untuk Microbiology Testing seperti chiller, distilled water system, Bunsen burner, autoclave, laminar flow, incubator, colony counter dan peralatan asas makmal. Mega Prestima menyediakan microb lab ni spy result microb test utk produk yg kita hasilkan dpt di ketahui dgn segera. Quality Assurance always has to be on top, not to compromise any of it. 


Petrafilm


Incubator untuk TPC Testing
Incubator untuk Yeast/Mold Count
Pembantu Makmal mengendalikan mesin Autoclave
Distilled water system untuk membekalkan distilled water
Pembantu makmal sedang membuat kerja di laminar flow. Laminar flow memastikan ruang kerja dalam keadaan sterile (bersih).


Chiller untuk menyimpan petrifilm

Colony Counter untuk cell count (TPC/Yeast and Mould)
 Gambar-gambar di bawah menunjukkan pembantu makmal sedang melakukan kerja-kerja di dalam makmal mikrobiologi.









So, TADAAA.. Ini lah makmal mikrob kita. Harapnya, moga dengan adanya makmal makmal ini, Department Reseach & Development dapat maju ke hadapan dan menghasilkan produk yg maju dan state of the art luar biasa dan berguna utk kegunaan rakyat Malaysia.




Monday, 21 August 2017

Makmal Research & Development Mega Prestima Industries Sdn Bhd


Lama dah CEO kita nak buat makmal utk Research & Development Department and finally tahun 2017 adalah tahun di mana Mega Prestima Industries merealisasikan impiannya. Ini merupakan langkah yg harus di ambil utk memastikan syarikat dapat terus berkembang maju dan bergerak ke hadapan. Always one step ahead. To be No. 1 in OEM of Nutraceutical product, leading the OEMs industries. 

Kita mula dengan makmal R&D, I'll take you for a tour. Lets Go!!






Barisan pembantu makmal R&D. Setakat ini, terdapat 4 orang pembantu makmal R&D, 2 orang ditugaskan untuk bahagian powder dan 2 orang untuk bahagian liquid secara bergilir-gilir. Pembantu makmal diberikan lab coat dan dikehendaki memakai hair net, mask dan gloves ketika bekerja.








Gambar menunjukkan pembantu makmal sedang menimbang bahan untuk produk baru. Untuk proses menimbang, makmal dilengkapi dengan penimbang (2 d.p, 3 d.p dan 4 d.p). Untuk keselesaan, makmal turut dilengkapi kerusi untuk pembantu makmal duduk ketika membuat kerja. Ruang bekerja juga lebih luas dan selesa. 







Makmal R&D tutur dilengkapi dengan mesin canggih untuk memudahkan proses pembangunan produk baru. Gambar di atas menunjukkan Vacuum Homogenizer yang digunakan untuk produk liquid. Selain itu, makmal turut dilengkapi Homogenizer biasa seperti gambar di bawah.




Untuk memudahkan kerja mengkaji Shelf Life Stability sesuatu produk, makmal R&D dilengkapi 2 buah Oven.




Makmal R&D turut dilengkapi cabinet dinding atas untuk memudahkan penyimpanan produk-produk baru. Gambar di bawah menunjukkan kesuluruhan ruang makmal R&D.






So, what do you think of our Research & Development Lab? Lab ini merupakan kebanggaan kami yg akan memacu Mega Prestima Industries terus ke hadapan. We will come up with new, latest and different kind of product for market soon!! R&D team, Mega Prestima bergantung kpd anda.

Dah habis tour lab dah. Nak tgk 1 lagi lab tak? Hehe..